secara mudah, jom kita guna kan teknik paling mudah dan simple, jangan pening-pening kepala, analisa teknikal ni sememang sifat nya adalah untuk memudahkan anda, dalam cubaan membuat keuntungan, risiko tetap ada risiko, sesiapa yang mengatakan pelaburan tidak mempunyai risiko, itu adalah satu penipuan. secara asas, analisa teknikal ini untuk membantu anda membuat keputusan dengan mencari satu satu saham yang berisiko rendah, apa yang di maksudkan dengan risiko yang rendah ialah, harga saham yang di beli itu secara visual dari carta yang dilihat menunjukkan yang saham tersebut baru sahaja ingin naik apabila ia dilihat baru sahaja melepasi parameter yang telah di tetapkan. baiklah, melihat pada saham JAKS, jelas pergerakan harga secara keseluruhan nya masih lagi berada di dalam awan, cuma pada pada hari ini harga nya telah ditutup di atas paras awan, secara teknikal ini di kira sebagai potensi breakout, dan sekiranya pada esok hari harga terendah berada di atas awan makan harga akan di kira sebagai breakout dan breakout itu akan di kira sebagai lebih kukuh. ok, oleh itu, melihat pada harga, ia sedang cuba mendaki dan di anggap sebagai berpotensi untuk breakout, dan harga juga di lihat sedang di dagang kan di atas garisan 20ma. ini adalah sesuatu yang positif. di lihat pada MACD juga yang telah bersilang positif adalah dianggap sebagai petunjuk awal akan perubuhan trend dari pergerakan jatuh kepada pergerakan naik.
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.