AirAsia X pada mulanya dikenali sebagai Fly Asian Xpress (FAX) apabila ia mula beroperasi pada 2006, memberi perkhidmatan kepada kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah dengan pesawat turboprop, sebelum penjenamaan semula dilakukan pada September 2007 dan penerbangan pertamanya dilancarkan ke Gold Coast pada November 2006. Hari ini, AirAsia X beroperasi daripada tiga hab, Kuala Lumpur, Bangkok dan Denpasar, Bali. Pada masa ini kami menyediakan 26 destinasi di seluruh Asia (Sapporo, Tokyo, Osaka, Seoul, Busan, Jeju, Taipei, Xi'an, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, Chongqing, Wuhan, New Delhi, Jaipur dan Kathmandu), Australia (Sydney , Melbourne, Perth dan Gold Coast), New Zealand (Auckland), Timur Tengah (Jeddah, Madinah dan Tehran) dan Amerika Syarikat (Hawaii). AirAsia X ialah Syarikat Penerbangan tambang rendah pertama di Asean yang diberi kelulusan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk beroperasi ke Amerika Syarikat.
Sektor: Perjalanan, Riadah & Hospitaliti, Produk & Perkhidmatan Pengguna, Selepas PKP
Kod: 5238
Pandangan Teknikal/Fundamental :
1. Telah BODTL 2. Telah ada breakout structure (BOS) 3. Boleh perhatikan area RBS 4. Utk kekal momentum mesti berada atas support 0.480 5. Kemasukan volum besar melebihi purata
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.