Saham syarikat Berjaya Food Berhad dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini, lilin pada selang masa mingguan dilihat gagal tutup di atas tinggi harga sebelumnya Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan menunjukkan kehadiran 'divergence' tatkala harga membuat tinggi baharu Volum juga dilihat semakin berkurang, tidak selari dengan pergerakan harga yang semakin meninggi Pergerakan harga dilihat masih lagi mematuhi MA50 mingguan sebagai sokongan dinamik menyokong pergerakan menaik harga Lilin pada selang masa mingguan pula dilihat berada di atas sokongan dinamik MA20 harian Harga dilihat semakin kekurangan momentum dan tidak mustahil akan turun menguji kekuatan sokongan terdekat Tidak mustahil juga harga bergerak menaik membatalkan pembentukan 'divergence' sekiranya terdapat minat belian
Mampukah harga bertahan dan meneruskan kenaikan semula? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.