Analisa BTCUSDT pada selang masa bulanan seakan memperlihatkan beberapa tanda kelemahan selepas matawang kripto ini melakukan kenaikan mendadak beberapa bulan lalu
Carta bulanan BTCUSDT seakan memperlihatkan kehadiran corak carta 'double top' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah Petunjuk RSI juga dilihat membentuk 'exaggerated bearish divergence' sekiranya benar corak carta 'double top' telah terbentuk Petunjuk OBV juga dilihat semakin berkurang tatkala harga melakukan kenaikan yang menunjukkan penurunan penyertaan belian Analisa lilin individu juga memperlihatkan lilin seakan hendak membentuk 'twezzer top' Harga terkini dilihat sedang bertahan di atas paras sokongan fibonacci dan masih lagi mematuhi garisan trend menaik yang dilukis pada selang masa mingguan Trend secara amnya dilihat masih cenderung melakukan kenaikan
Namun sekiranya pergerakan harga melawan petunjuk, maka ini mengisyaratkan 'Hound of The Baskerville' berkemungkinan terbentuk menunjukkan pergerakan trend baharu yang kuat bakal berlaku (The New Trading For A Living, 2014, pg.89)
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.