Sebentar tadi ECB mengumumkan kadar faedah tidak akan dinaikkan sehingga musim panas tahun depan. Ini adalah kenyataan yang sangat Dovish. Saya berpendapat langkah ECB ini ada kena mengena dengan krisis Perdagangan antara Amerika dan negara-negara lain di dunia.
Baru-baru ini, Amerika tidak mengiktiraf hasil mesyuarat G7 dan mengugut akan mengenakan tariff keatas negara-negara tersebut. Hari ini ECB mengambil langkah yang mengakibatkan EURUSD jatuh teruk. Kemungkinan kedua-dua perkara ini berkait antara satu sama lain agak besar juga.
Sedikit peringatan untuk para newbie, bila trade sebelum news penting, ikut lah set up yang anda tahu sebelum news. Lebih dekat dengan news, set up timeframe kecil lebih penting dari set up timeframe besar. Selepas news, lebih kurang 45 minit ke satu jam, ikut lah trend pasaran.
Berbalik kepada trade war, EURUSD boleh pergi ke paras 1.14 jika tiada campur tangan atau kenyataan dari pihak Amerika yang boleh mengubah trend menurun EURUSD ini.
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.