Assalamualaikum dan selamat sejahtera;

Alahaiiii... patut chart ni tak bergerak, dah share 25-Dis-2020 tapi tak perasan rupanya private

takpalah sekadar untuk hiburan semata2
Ini jangkaan pada masa tu... so kita tengok adakah jangkaan ini masih valid dengan alasan dan sentimen yang sedia ada

ini komen berkaitan ;
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memandangkan kita dah hampir kepada tahun baharu 2021, apa agaknya yang kita boleh jangkakan bakal berlaku kepada pasaran kita pada tahun depan?

Ini adalah sekadar pandangan peribadi semata-mata untuk pembelajaran kendiri. Kalau berdasarkan kepada sentimen semasa, sekarang agak susah nak merujuk kepada sejarah yang pernah berlaku pada setiap hujung tahun. Selalu kita dengar orang bercakap pasal window dressing atau Christmas Rally atau mgkn CNY rally. Mungkin perkara ini akan berlaku tapi mungkin jugak kesannya tak akan signifikan.

Jadi sekarang saya berpandangan ada 3 perkara yang mungkin akan menjadi penentu/pemangkin kepada gerakan pasaran terutamanya bagi KLSE bagi sukuan pasaran yang seterusnya iaitu:
1. Vaksin
2. Covid versi 3
3. Politik

ini dimana;
1. Kalau vaksin berkesan sepenuhnya mungkin ini akan menyebabkan bullish / kalau kena modify mgkn akan bearish
2. Cov19 v3, terkait dengan perkara (1), if terkawal sempadan negara boleh dibuka untuk pergerakan antarabangsa dan faktor bullish , if sangkut then kesan sebaliknya.
3. kalau tiba-tiba isu percaya@takpercaya / sokong@taksokong / ada nombor@takda nombor ni melanda negara, maka ini akan merencatkan ekonomi domestik dan mengganggu minat pelabur dalamluar untuk memasuki pasaran kita.

Jadi apa perlu dilakukan sekarang??? Dari segi sentiment memang tak menarik... kalau saya, saya lebih menumpukan kepada saham berpotensi dan mempunyai FA yang baik dan menunggu peluang untuk membeli pada harga diskaun.
Macam mana nak buat keputusan bila nak membeli pada harga diskaun pula? boleh pantau berdasarkan TA - trendline/OB-OS/structure H-L-HH-HL/chart patterns.

berikut pandangan dari sudut teknikal, nilai semasa berada di atas paras MA50
sebaiknya tunggu pembentukan struktur H-L dan reversal candleChart pattern



Semoga bermanfaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Beyond Technical AnalysissahambursamalaysiaTrend Analysis

إخلاء المسؤولية