Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah prestasi FBM KLCI selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia ke-14 pada 9 Mei 2018 (Rabu)? Oleh kerana Malaysia cuti selepas PRU, maka,kita mulakan perbandingan dan analisis selepas BURSA dibuka semula pada 14 Mei 2018 (Isnin)
* Perbandingan ini bukanlah bersifat politik, hanya untuk melihat kekuatan pasaran Malaysia selepas PRU
Kita akan membuat beberapa perbandingan, mencari persamaan dan correlation diantara KLCI dan Indeks-indeks utama yang lain 1) KLCI (Kuala Lumpur COmposite Index, Malaysia) - Biru 2) DJI (Dow Jones Index, US) - Merah 3) NI225 (Nikkei 225, Jepun) - Oren 4) HSI (Hang Seng Index, Hong Kong) - Hijau 5) XLY0 (Shanghai Composite, China) - Pink
DJI atau pasaran US mewakili indeks utama dan rujukan bagi Market seluruh dunia Manakala, yang lain pula akan mewakili leader Market di Asia-Pacific, iaitu pasaran Jepun, Hong Kong dan China
Jika dilihat dengan lebih lanjut: - KLCI lebih cenderung untuk mengikuti atau correlation dengan DJI dan Nikkei - Pasaran kita sentiasa melemah dan tidak pulih selepas dari PRU, hanya meningkat naik pada minggu pertama (+0.49%) dan peningkatan ini adalah paling tinggi sejak bulan Mei. Ini adalah kerana aliran keluar duit oleh investor/trader dari luar negara selama beberapa minggu dan bulan (boleh dikatakan sehingga sekarang masih belum stabil dan pulih sepenuhnya) - Pasaran menglami kejatuhan teruk sehingga -10.09%, dan cuba untuk pulih dan mendaki sehingga kini - Kini, pasaran kita masih berada pada -2.52%. Semoga KLCI akan mengikuti Nikkei (+1.00%) dan DJI (+5.04%), atau dengan memecahkan paras tertinggi KLCI
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.