Mengikuti aksi harga adalah dasar pasaran. Sekilas melihat carta dapat menunjukkan trend, idea dagangan atau sebagai cara yang pantas untuk menyemak posisi dalam portfolio anda.

Carta candlestick adalah salah satu cara yang paling popular untuk melihat aksi harga. Satu candlestick menunjukkan tinggi,rendah, buka dan tutup untuk tempoh masa tertentu. Ini bermakna, adakalanya, maklumat harga dipenuhi dengan ketidaktentuan perdagangan.

Di sanalah carta Heikin Ashi menjadi paling berguna - mereka menghaluskan harga dengan menunjukkan julat harga purata,bukannya ukuran tepat. Mengikut faktanya, carta Heikin Ashi dikembangkan di Jepun dan perkataan Heikin bermaksud "purata" dalam Jepun. Bagi mereka yang melabur untuk jangka masa panjang atau mencari trend yang berlanjutan, carta Heikin Ashi adalah efektif untuk menghaluskan harga dan menunjukkan trend dengan lebih jelas.

Kunci untuk memahami carta Heikin-Ashi adalah dengan mengingati setiap bar sama ada merah atau hijau, menunjukkan julat purata harga untuk satu tempoh tertentu manakala carta candlestick menunjukkan aras harga sebenar untuk tempoh tertentu.

Formula untuk Heikin Ashi adalah seperti berikut:

Buka = (Buka untuk bar sebelum + tutup untuk bar sebelum)/2
Tutup = (Buka + Tinggi + Rendah + Tutup) / 4
Tinggi = Titik tertinggi baik buka, tinggi, rendah mahupun tutup
Rendah = Titik terendah baik buka, tinggi, rendah mahupun tutup

Pastikan anda menguji dua jenis carta yang berbeza ini. Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain membandingkan dan melihat perbezaan antara kedua-dua carta seperti yang kami lakukan dalam contoh ini. Ingat, ia juga berkaitan dengan pilihan individu. Adakah anda ingin melihat pergerakan aksi harga secara terperinci? Atay adakah anda ingin melihat purata harga untuk aksi perdagangan? Ini semua terpulang kepada anda dan alat-alat tersebut tersedia untuk anda mencuba.

NOTA
Walaupun carta Heikin Ashi dan bukan strandard yang lain juga berguna untuk menganalisis pasaran, mereka tidak harus digunakan untuk menguji balik strategi atau membuat pesanan dagangan kerana harganya bersifat sintetik dan tidak mencerminkan aras tawar/bida di bursa atau broker. Jika anda memerlukan maklumat lanjut untuk memahami ini, lihatlah penerbitan berikut:
• Dalam Pusat Bantuan: Strategi yang menghasilkan hasil yang tidak realistik pada carta jenis bukan standard (Heikin Ashi, Renko, dsb.)
• Daripada PineCoders: Pengujian balik pada Carta Bukan Standard: Awas!

Terima kasih kerana membaca dan sila tinggalkan sebarang komen dan soalan jika ada!
Beyond Technical AnalysisTechnical IndicatorsTradingView Tips

Share TradingView with a friend:
tradingview.com/share-your-love/

Read more about the new tools and features we're building for you: tradingview.com/blog/en/
يعمل أيضًا:

إخلاء المسؤولية