JAG (Minat Pembelian di atas Garisan Trend)

Sektor:
- Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, JAG dilihat tidak konsisten membuat keuntungan. Walaupun begitu, JAG mula membuat keuntungan konsisten untuk lima quarter terbaru berturut². Keuntungan YoY adalah sebanyak 177.03%. Hasil (revenue) juga meningkat QoQ sebanyak 23.3% dan YoY sebanyak 14.11%.
- Dari sudut Teknikal, JAG dilihat sudah dua kali rebound di atas trend line. Ini dibuktikan oleh stochastic RSI yang cross up di paras oversold.
- Sebelum rebound kali kedua, JAG pullback dahulu sehingga ke garisan trend kerana muncul signal weak bearish divergence.
- Boleh jadikan trend line ini sebagai support dan jika harga tidak mampu bertahan di trend line ini, support seterusnya adalah pada RM 0.335.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter.
* YoY = Year over Year.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Weak Bearish Divergence = Keadaan dimana harga menaik tetapi stochastic RSI mendatar.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
bearishdivergenceFundamental AnalysisJAGmac21OscillatorsoversoldpullbackreboundTrend Lines

يعمل أيضًا:

منشورات ذات صلة

إخلاء المسؤولية