Melewar Industrial Group Berhad adalah dari sektor Industrial Product and Service. Dengan kali terakhir aktif antara hujung 2016 sehingga awal 2017, kaunter ini senyap selama dua tahun sehingga ia kembali aktif pada December 2019 hingga sekarang. Berdepan dengan cabaran ekonomi yang tidak menentu, kaunter ini dapat mengekalkan berada diatas paras MA200 pada awal bulan ini setelah mengalami kejatuhan dibawah MA200 pada bulan lepas. Hari ini sahaja terdapat minat belian dimana harga telah meningkat sebanyak 3 sen (16.67%) suatu kenaikan yang menarik untuk kaunter yang dianggap penny.
Mungkinkah kaunter ini dapat meneruskan kenaikan disamping kejatuhan teruk untuk harga minyak dunia serta memberi kesan kepada pasaran saham US? Kajian mendalam adalah diperlukan kerana kedudukan kewangan syarikat hanya berada dalam keadaan yang baik tahun lepas.