PA tampak menarik. Tempoh masa sehari telah menunjukkan tanda-tanda momentum harga menaik yang kuat:
-smi kolam siap, biru bersilang ke atas merah (lengkap fasa pengumpulan cuba membuat tujahan ke atas)
-rsi atas 50 (bullish momentum)
- stochrsi garisan biru bersilang ke atas garisan merah (momentum pergerakan harga menaik-bullish)
-adx masih di bawah 20-25...perlu ada volum belian yang besar untuk kekalkan kekuatan momentum menaik
-macd garisan biru bersilang ke atas garisan merah menandakan kekuatan momentum belian yang kuat menolak harga naik

15minit
-smi kolam siap, biru bersilang ke atas merah (lengkap fasa pengumpulan cuba membuat tujahan ke atas)
-rsi atas 50 (bullish momentum)
- stochrsi garisan biru bersilang ke atas garisan merah (momentum pergerakan harga menaik-bullish)
-adx masih di bawah 20-25...perlu ada volum belian yang besar untuk kekalkan kekuatan momentum menaik
-susunan ema membuat susunan lampu isyarat petanda harga sedang membuat kenaikan
-harga berjaya bersilang ke atas sma200 pada harga 260 (pertukaran aliran menurun ke aliran menaik yang kuat selagi bertahan di atas sma200)

Mingguan
-Melantun di atas harga 52 minggu terendah dan di atas sma200
-Sekiranya berjaya tutup dengan lilin hijau bullish morubozu/engulfing pada harini 14/10/2022 kaunter berpotensi untuk membuat hayunan (swing) aliran menaik yang baru. Pembalikan dari aliran menurun ke aliran menaik.

Secara kesuluruhan kaunter PA ini menarik untuk diperhatikan pergerakan harganya,jika ada volum & aliran bullish boleh mencari peluang masuk. Kenal pasti harga sokongan & rintangan terlebih dahulu.


Gann S: 0.25/0.23 | Gann R: 0.28/0.31

Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran semata-mata. Beli jual sesuatu saham adalah tanggungjaab anda.TAYOR.
bursaTechnical IndicatorssahamteknikalanalisistrendTrend Analysis

يعمل أيضًا:

إخلاء المسؤولية