Idea analisis: - Dari sudut Fundamental, keuntungan QES meningkat QoQ dan YoY namun dari sudut trend, keuntungan QES kelihatan bergerak mendatar atau sideways. Hasil (revenue) pula menurun QoQ sebanyak -2.04% dan YoY sebanyak -3.81%. - Dari sudut Teknikal, QES berjaya BDTL dan dilihat rebound di atas MA 50 dan Fibo 0.5. - Rebound di atas Fibo 0.5 ini menunjukkan kekuatan uptrend bagi QES adalah sederhana. - MACD juga hampir cross up di atas paras 0 menunjukkan QES masih uptrend dan hampir keluarnya signal buy. - Indikator MCDX Smart Money juga menunjukkan jerung atau operator sedang menolak harga naik lebih tinggi.
Nota kaki: * QoQ = Quater over Quarter. * YoY = Year over Year. * BDTL = Break DownTrend Line. * Rebound = Harga melantun naik keatas. * Cross up = Line MACD (biru) melintas ke atas line signal (merah).
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.