Berdasarkan index teknologi Malaysia, perjalanan index sangat cantik dari permulaan 2019 sehingga pertengahan bulan April 2019. Selepas daripada itu, index teknologi membuat satu penurunan bawah paras 50% berdasarkan bacaan fibonacci retracement. Kejatuhan yang sungguh dramatik ini mempunyai kaitan dengan isu “Trade Wars” antara US dan China. Berdasarkan index teknologi Malaysia , support 50% telah pecah dan berkemungkinan cuba bertahan di paras 38.2% berdasarkan bacaan fibonacci retracement dan tiada sebarang petunjuk dari index teknologi Malaysia untuk membuat reversal.

-M.H.N.Jimmy@iSaham-

Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
FibonacciTrend Analysis

إخلاء المسؤولية