YBS dilihat melakukan kenaikan selepas harga berjaya membuat jurang kenaikan beberapa hari dagangan yang lalu
Harga terkini dilihat menguji RBS dan berjaya tutup dengan pembentukan lilin hijau menenggelamkan lilin merah hari sebelumnya Kaunter ini secara amnya dikatakan masih lagi cenderung bergerak dalam keadaan menaik Namun para pedagang dinasihatkan berhati-hati dek kerana munculnya pembentukan 'divergence' pada selang masa harian 'Divergence' dapat dilihat pada petunjuk RSI dan MACD histogram yang mana kedua-duanya dilihat berkurang berbanding kenaikan sebelum ini Analisa volum juga didapati kurang selari dengan pembentukan lilin namun hal ini adalah subjektif ke atas analisa individu Akhir kata pedagang dinasihatkan membuat penilaian sendiri dengan mengamalkan sikap terbuka dan bersedia dengan perubahan
** Penafian: - Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) - Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti - Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda, segala kerjasama didahului dengan terima kasih
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.