Saham syarikat Agilent Technologies dilihat membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan sebelum ini
Harga saham tersebut dilihat membuat jurang kenaikan susulan laporan perolehan tempoh hari namun tutup lebih rendah Jika dilihat pada selang masa mingguan, jelas terbentuknya lilin 'hammer' terbalik berdekatan rintangan dinamik MA50 mingguan Volum tinggi ketika lilin tersebut terbentuk juga mengesahkan masih terdapatnya minat jualan menghalang kenaikan harga Lilin harian pada hari dagangan terkini juga dilihat dibuka lebih tinggi namun ditutup pada paras lebih rendah menunjukkan minat jualan Harga terakhir dilihat masih lagi cuba bertahan di atas sokongan RBS sebelum ini Walaubagaimanapun volum jualan pada lilin harian dilihat kuat berbanding volum belian
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.