AMAT dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Carta pada selang masa mingguan dilihat menguji dan masih berada di sekitar paras RBS rintangan sebelum ini Jika diperhatikan histogram MACD mingguan, trend dilihat melemah setelah histogram dilihat berkurang tatkala harga membuat kenaikan yang baharu Garisan MACD mingguan belum melakukan persilangan namun selang masa harian menunjukkan persilangan telah berlaku beberapa hari yang lalu (tidak diperlihatkan) Petunjuk RSI mingguan dilihat sedang condong ke bawah namun masih berada di atas paras 50 Harga berkemungkinan akan menguji semula sokongan dinamik EMA20 mingguan, sekiranya gagal bertahan maka EMA50 mingguan akan bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama didahului terima kasih
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.