Sila tekan ALT + I untuk menterbalikkan carta anda. Sekiranya anda menggunakan Mac, sila tekan ⌥ + I. Jalan pintas ini akan menterbalikkan carta yang sedang anda lihat dengan serta-merta. Proses songsangan carta anda ini dapat memberikan anda suatu perspektif yang unik dan berlainan untuk harga dan arah aliran.
Dalam idea ini, kami menunjukkan dua carta harian Amazon sebelah menyebelah. Carta di sebelah kiri adalah carta Amazon yang diterbalikkan dan carta di sebelah kanan adalah carta yang asal. Dengan membandingkan dua carta ini, satu diterbalikkan dan satu normal, ia adalah satu latihan perspektif. Tanya diri anda, adakah anda melihat arah aliran yang sama? Atau adakah perspektif anda telah berubah sekarang dan menyebabkan anda dapat melihat dengan mudah sesuatu yang berlainan daripada apa yang anda pernah lihat sebelum ini?
Ada satu lagi cara lain untuk difikirkan: jika anda akan "beli" saham terbalik di sebelah kiri disebabkan ia kelihatan seperti penyerahan atau junaman yang menarik, jadi ia akan kelihatan sama seperti carta Amazon normal seperti di sebelah kanan. Dengan menterbalikkan carta, anda boleh menguji diri anda pada arah aliran dan aksi harga, dimana ianya akan sangat berguna sekiranya anda tidak yakin. Terbalikkan carta dari atas ke bawah dan tanya diri anda soalan itu lagi dan tengok samada ia sama atau tidak.
Kami harap anda menikmati tip ini dan kami berharap untuk mendengar maklum balas dari anda, pendapat atau komen. Terima kasih kerana menjadi seorang ahli di TradingView.
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.