FTSEMYX:FBMKLCI   مؤشر FTSE بورصة ماليزيا KLCI
By Faiz Ikmal Ismail, MSTA CFTe

• Pasaran saham menutup positf walaupun jatuh hampir 40 mata di awal sesi, dan kembali menaik dan menutup pada aras 1,850.42 naik 3.91 mata (0.21%). Sentimen semasa positif dengan kaunter menaik 930 kaunter berbanding 405 kaunter menurun, dan 180 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 6.584 billion dan nilai saham sebanyak 7.31 billion.
• Pasaran hari ini sedikit bergolak di awal pagi kerana faktor ketidaktentuan dengan pembentukan kerajaan baru. Pembentukan "wick candlestick" yang tinggi di atas dan bawah menunjukkan volatiliti pasaran hari ini. Secara teknikalnya, indeks masih lagi dalam keadaan mendatar dan dijangka berterusan. Trend menaik hanya disahkan sekiranya indeks berjaya menembusi aras rintangan.
• Aras rintangan diletakkan pada 1,876 (R1) dan 1,895 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula pada aras zon 1,805-18,15.

Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.

إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.