AmmarAbdSamat

FBMKLCI : Tariff Man dan Inverted Yield Curve

تعليم
FTSEMYX:FBMKLCI   مؤشر FTSE بورصة ماليزيا KLCI
1. FBMKLCI dilihat cuba utk kekal sedaya upaya utk kekal di atas garisan trend.

2. Persoalan utama adalah bukan arah tuju FBMKLCI seterusnya tetapi adalah sampai bila FBMKLCI mampu utk kekal di atas garisan trend.

3. Ramai pengamal analisis berpendapat bahawa index cenderung utk turun secara 'free fall' sekiranya gagal kekal di atas garisan trend.

4. Pendapat ini disokong dengan sentimen global yg bearish sekarang.

5. Apabila Trump 'tweet' bahawa dia adalah 'Tariff Man'. Pasaran menganggap ini adalah penunjuk bahawa gencatan perang perdagangan yg diumumkan sebelum ini adalah sia sia.

6. Yield Curve Inverted. Ini membawa maksud bahawa yield short term treasury bond lebih tinggi dari daripada long term treasury bond. Ini terjadi apabila pelabur bond menjual short term treasury beramai-ramai sehingga yield naik lebih tinggi dari long term treasury bond. Bagi pakar ekonomi, mereka menggunakan yield curve utk meramal 'recession' di pasaran Amerika Syarikat.

7. Menjadi kebiasaan, FBMKLCI amat terdedah kepada risiko turun naik pasaran Amerika Syarikat dan 2 sentimen yg sy sebutkan di atas ini menunjukkan sentimen bearish di pasaran Amerika Syarikat.

8. Ini adalah pendapat peribadi dan anda berhak utk tidak bersetuju dengan apa yg ditulis. Renung-renungkan dan selamat beramal.


إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.