FTSEMYX:FBMKLCI   مؤشر FTSE بورصة ماليزيا KLCI
Analisa Teknikal
• Kejatuhan harga pasaran minyak dunia semalam turut menyebabkan saham-saham sektor "Oil & Gas" kita ditutup rendah.
• Ini menyebabkan FBMKLCI jatuh 7.43 mata dan menutup lebih rendah di 1,887.75. Sentimen pasaran pula dilihat negatif dengan 272 kaunter menaik berbanding 668 kaunter menurun, dan 357 kaunter tidak berubah.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari ini gagal untuk meneruskan keadaan menaik (Bullish) dan indeks dilihat menjauhi daripada aras 1,900. Walau bagaimanapun, ini sekadar pembetulan pasaran untuk jangka masa pendek.
• Indikator momentum dilihat memihak kepada pergerakan menaik, disokong positif oleh MACD dan Stochastic, walaupun ada tanda-tanda pergerakan ke bawah oleh Stochastic.
• Kita jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,873 (S1) dan sekiranya berjaya dipecahkan, aras sokongan seterusnya berada di 1,840 (S2).
• Arasa rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2).

إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.