Sektor:
- Technology, Electronic, Technology Equipment.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, ITRONIC dilihat lebih konsisten mencipta kerugian berbanding keuntungan. Di dalam 10 quarter terbaru ini, ITRONIC membuat keuntungan hanya sekali. Hasil (revenue) pula meningkat QoQ dan YoY masing² sebanyak 80.04% dan 12.88%.
- Dari sudut Teknikal, ITRONIC masih di atas MA 200 menunjukkan ITRONIC dalam keadaan uptrend untuk long term.
- Pada 23 Februari 2021, ITRONIC mula menaik dengan drastik kemudian ITRONIC menurun dan bermain di kawasan fibo 0.382. ITRONIC juga membentuk downtrend line ketika ini.
- Terkini, ITRONIC telah BDTL. Histogram MACD juga menunjukkan signal momentum pembelian semakin meningkat dan stochastic RSI juga telah cross up di paras oversold memberi petunjuk bahawa harga mula rebound atau reversal di support terkuat.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu kekal di
atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga
akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
bdtlFibonacciFibonacci RetracementFundamental AnalysisITRONICmac21Oscillatorsoversoldreboundreversaltechnology

يعمل أيضًا:

إخلاء المسؤولية