Jika lihat di carta bulanan, pada Disember 2018 kita dapati ia membuat pinbar candle ataupun false breakout awan ichimoku. Ini merupakan salah satu petunjuk kuat pasaran membuat reversal ataupun menuju kepada strong bullish. Ketakutan akan market crash telah ditidakkan oleh price action. Sebenarnya market crash telah berlaku walaupun tidak kelihatan jelas pada indeks. Kita dapati begitu banyak kaunter strong FA dan homerun telah membuat penurunan mendadak ataupun diskaun besar-besaran.

Kemudian lihat pada Chikou, ianya melantun di atas price dan masih berada di atas price. Ini menunjukkan price masih dalam keadaan bullish berbanding 26 bulan yang lepas.

Dan pada bulan ini price berjaya melepasi 1700. Jika dilihat pada awan, 1700 kini menjadi strong support untuk indeks. Andai kata paras 1700 pecah ianya merupakan petanda bahaya strong bearish mungkin menyusul.

Price perlu berada di atas 1770 selewat-lewatnya hujung Jun 2019 bagi meneruskan momentum bullish sebelum meneruskan kemaraan. Kegagalan price untuk berada di atas 1770 akan membuatkan market terus volatile atau tidak menentu.
Candlestick AnalysisklciPitchforksSupport and Resistance

إخلاء المسؤولية