zulnureen

FBMKLCI: Masih bergerak naik

INDEX:KLSE   مؤشر KLCI الماليزي
Melihat pada carta harian FBMKLCI dengan petunjuk ICHIMOKU dan 20ma beserta MACD. 2 dari petunjuk memberi isyarat beli.

Isyarat MACD serta 20ma telah positif beli pada 18 Disember apabila indeks berada di paras 1670. Paras 1670 ini adalah paras halangan sebelum ini, kini paras 1670 telah bertukar peranan menjadi paras sokongan.

Melihat pula pada ICHIMOKU, paras ICHIMOKU 1705 dan 1725 di guna pakai sebagai paras halangan selanjutnya.

Persoalannya? apakah indeks akan terus menaik atau tersangkut dan jatuh kembali. Ada kemungkinan yang KLCI akan terus naik dan mencuba halangan di paras 1705. Dan mungkin, walaupun dengan momentum yang di lihat berkurangan, FBMKLCI akan meneruskan kenaikannya dengan perlahan lahan sehingga paras 1725. Dan di paras ini, barulah lah ada rintangan yang kuat.
إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.