naimmp98

KOBAY (Cuba Membuat Pembalikan)

MYX:KOBAY   KOBAY TECHNOLOGY BHD
Sektor:
- Manufacturing, Aerospace, Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services, Precision Machining.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Secara overall, keuntungan KOBAY berada dalam trend menaik. Ini menjadikan keuntungan KOBAY meningkat YoY sebanyak 15.03%. Walaubagaimanapun, keuntungan KOBAY QoQ menyusut sebanyak -14.12%.
- Hasil (revenue) KOBAY pula menyusut untuk QoQ dan YoY masing² sebanyak -28.32% dan -9.4%.

~Teknikal~
- Selepas melakukan kenaikan, KOBAY dilihat bergerak sideways dan membentuk bollinger squeeze.
- Terkini, setelah harga breakdown lower BB, muncul 2 petanda menunjukkan harga akan membuat reversal:
1) Terbentuknya candlestick morning star.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold menunjukkan harga mula rebound di atas support baru yang terkuat.
- Jika reversal ini valid, harga berpotensi untuk menuju ke paras harga RM 5.500.
- Jika reversal ini tidak berjaya dan harga jatuh melebihi paras harga RM 4.460, support seterusnya adalah sangat jauh iaitu pada paras harga RM 3.480.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Bollinger Squeeze = Bollinger bands yang merapat disebabkan harga mula bergerak sideways / mendatar.
* Lower BB = Lower Bollinger Band yang merupakan garisan bawah bagi bollinger bands.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga membuat pembalikan untuk meneruskan kenaikan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.