aihafizal.fx

23-Nov-2020: SAMAIDEN boleh beri perhatian

MYX:SAMAIDEN   SAMAIDEN GROUP BERHAD
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sedikit pandangan dan perkongsian berkenaan kaunter dari sudut pandang teknikal. Kaunter ini adalah antara kaunter yang diberi perhatian oleh pelabur terutamanya yang berminat dalam bidang Tenaga boleh diperbaharui (SOLAR) dimana ianya adalah salah satu bidang yang berpotensi di negara ini.

Analisis
Melihat dari sudut teknikal sebenarnya tidak banyak yang dapat diulas kerana ianya adalah saham baru. Jadi apa yang nampak sekarang adalah
1. Pembentukan support ketara di 1.120
2. Harga menurun namun volume penjualan tidak ketara.

Rancangan pembelian
1. Boleh perhatikan harga ketika ianya menghampiri support terdekat. Sekirannya ada petanda untuk melantun(candle pattern/volume) boleh try beli di support.
2. Gunakan TF kecil untuk melihat pergerakan harga untuk mendapatkan entry terbaik

Harus di ingat ya kita berada pada minggu dimana pergolakan politik sangat getir dan berada di bulan QR yang kebiasaannya mempengaruhi pergerakan harga. Jadi sila jaga risiko masing-masing ya.


Semoga bermanfaat

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.