naimmp98

SPX (Terus Melakar Sejarah)

TVC:SPX   ستاندرد أند بورز 500
Idea analisis:
- Indeks S&P 500 masih berada dalam uptrend corridor / uptrend channel.
- Terkini, indeks S&P 500 tutup pada paras 4247.45 mata iaitu ATH terbaru bagi indeks S&P 500.
- Sebelum mencapai ATH ini, indeks dilihat membuat pullback dan rebound di atas fibo 0.618 pada paras 4060 mata menandakan kekuatan uptrend terkini adalah kuat.
- Indeks S&P 500 berpotensi menuju ke paras fibo 1.618 iaitu paras 4400 mata paling awal pada 6 Julai 2021 ini.

Nota kaki:
* ATH = All Time High iaitu mata tertinggi yang dicapai.
* Pullback = Indeks membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya.
* Rebound = indeks melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Indeks perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika indeks jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya indeks akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.

#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

التحليلات ذات الصلة

إخلاء المسؤولية

لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.