Idea analisis: - Dari sudut fundamental, TOPGLOV sangat cemerlang. Buktinya, TOPGLOV menunjukkan peningkatan yang sangat cemerlang dari sudut keuntungan selama 7 bulan QR berturut² (Jun 2019 - Disember 2020). Bulan² sebelumnya juga TOPGLOV membuat keuntungan secara konsisten. - Dari sudut teknikal, TOPGLOV telah berada dalam keadaan downtrend sejak Oktober 2020 hingga hari ini. - MACD juga berada di bawah paras kosong menunjukkan kurangnya momentum pembelian. - Sebelum ini, TOPGLOV membuat reversal dengan pembentukan candlestick Bullish Harami tetapi kenaikan selepas itu hanya sementara. - Kali ini, muncul satu lagi bentuk candlestick reversal iaitu Bullish Engulfing. - Adakah TOPGLOV akan membuat reversal? - Jika membuat reversal, adakah TOPGLOV mampu melepasi downtrend line?
Petunjuk/ Nota tambahan: * Bullish Harami = 'Body' candle hijau lebih kecil dan ditelan 'body' candle merah sebelumnya. * Bullish Engulfing = 'Body' candle hijau lebih besar dan menelan 'body' candle merah sebelumnya. * Reversal = Pembalikan harga daripada uptrend kepada downtrend atau daripada downtrend kepada uptrend.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER: Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu. 📌 Pastikan kaji, baru beli.
لا يُقصد بالمعلومات والمنشورات أن تكون، أو تشكل، أي نصيحة مالية أو استثمارية أو تجارية أو أنواع أخرى من النصائح أو التوصيات المقدمة أو المعتمدة من TradingView. اقرأ المزيد في شروط الاستخدام.