NIO Inc.
شراء

#NIO Pembelajaran kes Gelombang 5 berpanjangan / Lanjutan

Garis Panduan

• Impuls biasanya mempunyai lanjutan pada salah satu gelombang motif (sama ada gelombang 1, 3, atau 5)
• Sambungan adalah dorongan memanjang dengan pembahagian yang dibesar-besarkan
• Penyambungan sering berlaku pada gelombang ketiga di pasaran saham dan pasaran forex. Pasaran komoditi biasanya mengembangkan sambungan pada gelombang kelima

Nota :

* JIka berlakunya Pemanjangan gelombang
1. Jika ada Pemjangan Gelombang 1 dari Gelombang 3 maka Gelombang 5 panjangnya tidak melebihi panjangnya Gelombang 3
2. Jika pemanjangan gelombang 5 dari Gelombang 3 maka Gelombang 1 tidak panjang dari Gelombang 3

Analisa & Tindakan

* Selalunya jika pemanjang gelombang Satu, ini berlaku kerana terdapatnya keadaan pasaran harga yang mendatar yang terlalu lama.
* Pemanjangan Gelombang Kelima & ketiga adalah akibat dari berlakunya keadaan pasaran yang momentum sangat kuat & berterusan .

dalam kes ini - bagi mecari sasaran gelombang Kelima , kita perlu mengunakan Alat Fibonaaci Extension untuk mengetahui sasaran gelombang kelima berakhir.

Cara-caranya - Tarik Fibo Extension dari Poin paling bawah gelombang satu hingga ke poin gelombang 3 dan kemudian tarik ke bawah semula poin gelombang Empat berakhir,
Seterusnya sasarannya Gelombang Kecil 3 dalam Gelombang besar Kelima adalah pada 161.8% Fibo Extension ( Sila Lihat pada Carta kaunter #NIO


Nota:-
*Buat latihan selalu dalam pengiraan Gelombang
*Semoga Bermanfaat

Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .

Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .


Dean Mentari
Chart PatternspembelajaranTrend AnalysisWave Analysis

يعمل أيضًا:

إخلاء المسؤولية